Sunday, May 2, 2010

Hukum Membayar Zakat Kepada Keluarga Terdekat


Seperkara yang sering menjadi persoalan khasnya di kalangan pembayar zakat adalah mengenai keharusan membayar zakat kepada keluarga terdekat terutama ibu bapa atau anak sendiri. Menurut fatwa oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, bahawasanya zakat TIDAK BOLEH dibayar atau diniatkan untuk diberikan kepada golongan-golongan berikut dari kalangan ahli keluarga :

· Al-Usul - Terdiri dari golongan Ayah, Ibu, Datuk, Nenek dan ke atas samada lelaki atau perempuan sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.

· Al-Furu’ – Terdiri dari golongan anak lelaki atau perempuan, cucu lelaki atau perempuan dan ke bawah sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.

· Suami kepada isteri.

Mereka ini tidak boleh diberikan sesuatu pemberian dengan niat membayar zakat harta kerana mereka adalah dalam kategori yang wajib diberi nafkah. Justeru, jika dinkiatkan zakat, maka akan terbatal niat tersebut kerana yang wajib ke atas mereka adalah nafkah dan bukannya zakat walaupun termasuk dalam kategori asnaf yanf berhak menerima zakat.

Akan tetapi sekiranya asnaf itu terdiri dari kalangan adik-beradik, bapa atau ibu saudara, sepupu, ipar duai dan seumpamanya ataupun dari seorang isteri kepada suaminya, maka mereka boleh menerima zakat daripada kita kerana bukan dari kategori yang berhak diberi nafkah wajib.

Istiqamah Menempah Barakah

Wallahu A’alam.

No comments:

Post a Comment