Sunday, May 2, 2010

Soal Rasa Memang Lidah Boleh Bohong…


Teman tertarik dengan satu iklan kat televisyen ni. Rasanya iklan Mee Sedap. Memang sedap mee tu, teman pun dah rase. Jujurnya, teman kabor, iklan ni memang jujur menggambarkan citra rasa dan ragam kita semua. Dek nak jaga hati orang, kita ada tendency untuk sedikit menggunakan helah dan berkata-kata sesuatu yang bukan lahir dari hati kita.

Tapi, persoalannya apakah hati kita mampu untuk menipu? Hanya hati yang mati sahaja mampu untuk menipu hakikatnya sendiri. Hati yang mati inilah sebenarnya kebutaan yang hakiki sebagaimana yang Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 46 :

فَإِنَّهَا لا تَعْمَى الأبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُور

“Sesungguhnya bukanlah penglihatan mata itu yang buta, tetapi kebutaan mata hati yang ada di dalam dada (itulah yang sebenarnya).”

Inilah yang sebenarnya kita harus khuatiri. Perasaan yang sebenar tatkala beribadah sangat sukar untuk dimengerti kalau tidak benar-benar dicakna dalam hati. Seseorang itu tidak mungkin untuk menceritakan mahupun menggambarkan betapa lazat dan manisnya madu. Seseorang itu juga tidak mampu menceritakan sedapnya makan Nasi Mandi di kedai-kedai Pak Arab yang semakin menumbuh bak cendawan lepas hujan di kota metropolitan. Semuanya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata mahupun isyarat jika tidak pernah dirasai sendiri atau belum pernah dijamah mahupun dikimati.

Arakian, mana mungkin kita menceritakan tentang khusyuknya solat jika belum pernah kita sendiri yang khusyuk di dalamnya dan tenggelam dalam kemanisannya? Mana mungkin kita tahu dan merasai tentang manisnya berzakat dan kesannya terhadap harta jika kita belum menjadai pembayarnya yang setia? Tanya lah hal ini dalam hati kita. Harapnya hati yang kita Tanya itu belum lagi kunjung matinya. Sebab itulah, soal rasa memang lidah boleh bohong, tapi soal hati? Hanya Allah Azza Wa Jalla yang tahu…

p/s -Picture above taken by my best buddy Along a.k.a Abu Zubair from his collection in FB pics

Hukum Membayar Zakat Kepada Keluarga Terdekat


Seperkara yang sering menjadi persoalan khasnya di kalangan pembayar zakat adalah mengenai keharusan membayar zakat kepada keluarga terdekat terutama ibu bapa atau anak sendiri. Menurut fatwa oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, bahawasanya zakat TIDAK BOLEH dibayar atau diniatkan untuk diberikan kepada golongan-golongan berikut dari kalangan ahli keluarga :

· Al-Usul - Terdiri dari golongan Ayah, Ibu, Datuk, Nenek dan ke atas samada lelaki atau perempuan sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.

· Al-Furu’ – Terdiri dari golongan anak lelaki atau perempuan, cucu lelaki atau perempuan dan ke bawah sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.

· Suami kepada isteri.

Mereka ini tidak boleh diberikan sesuatu pemberian dengan niat membayar zakat harta kerana mereka adalah dalam kategori yang wajib diberi nafkah. Justeru, jika dinkiatkan zakat, maka akan terbatal niat tersebut kerana yang wajib ke atas mereka adalah nafkah dan bukannya zakat walaupun termasuk dalam kategori asnaf yanf berhak menerima zakat.

Akan tetapi sekiranya asnaf itu terdiri dari kalangan adik-beradik, bapa atau ibu saudara, sepupu, ipar duai dan seumpamanya ataupun dari seorang isteri kepada suaminya, maka mereka boleh menerima zakat daripada kita kerana bukan dari kategori yang berhak diberi nafkah wajib.

Istiqamah Menempah Barakah

Wallahu A’alam.